Tersalah Beri Ramalan Cuaca, Bos Besar Jabatan Meteorologi Di Hungary Dipecat

Gara-gara tersalah beri ramalan cuaca sehingga menyebabkan pertunjukan bunga api terbesar di Eropah terpaksa dibatalkan, ketua perkhidmatan cuaca Hungary dipecat oleh kerajaan negara tersebut.

tersalah beri ramalan cuaca, bos besar jabatan meteorologi di hungary dipecat

Insiden itu berlaku dua hari selepas pertunjukan bunga api untuk meraikan cuti kebangsaan Hungary ditangguhkan pada Sabtu lalu kerana bimbang tentang kejadian ribut akan berlaku.

Tindakan itu diambil oleh Menteri Teknologi, Lazlo Palkovics, yang memecat ketua perkhidmatan itu, Kornelia Radiics dan timbalannya, Gyula Horvath daripada tugas mereka tetapi tidak memberikan sebarang sebab-sebab pemecatan.

Tetapi, pengumuman itu dibuat sehari selepas media pro-kerajaan negara tersebut mengkritik Perkhidmatan Meteorologi Negara (NMS) susulan ramalan agensi itu tentang ribut petir dan tiupan angin yang menyebabkan pembatalan pertunjukan bunga api pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Origo, kira-kira 40,000 bunga api telah disediakan untuk dilancarkan di tepi tebing Sungai Danube di Budapest pada Sabtu lalu. Namun, agensi itu telah memberikan maklumat yang mengelirukan mengenai cuaca buruk.

NMS kemudian memohon maaf pada Ahad lalu dengan memetik faktor ketidakpastian yang wujud berhubung ramalan cuaca.


Sumber: Sinar Harian