Seorang majikan syarikat kecil di Wuhan, China baru-baru ini mencetuskan kontroversi dalam talian selepas diketahui bahawa dia meminta pekerja untuk menghantar tangkapan skrin penggunaan bateri telefon mereka sebelum meninggalkan kerja.
Majikan terbabit dilaporkan bertindak sedemikian selepas mempercayai bahawa prestasi buruk syarikatnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah berpunca daripada sikap beberapa pekerja lama yang gemar menghabiskan masa dengan telefon pintar mereka ketika waktu bekerja.
Menurut seorang pekerja dari syarikat itu, dia mendedahkan di media sosial bahawa dia dan rakan sekerja yang lain dikehendaki masuk ke tetapan telefon mereka dan mengambil tangkapan skrin graf penggunaan bateri untuk hari itu dan menghantarnya kepada bos mereka.
“Ia adalah keterlaluan, apabila syarikat mula melakukan perkara seperti ini, ia biasanya bermakna ia akan menjadi semakin teruk dan anda boleh mula merancang untuk menukar pekerjaan,” komen seorang wargamaya.
“Pencerobohan privasi yang jelas,” kata wargamaya lain.
Pekerja syarikat terbabit yang mula-mula mendedahkan taktik itu berkata bahawa beberapa rakan sekerjanya marah dengannya dan membicarakannya dengan penyelia.
Tetapi kebanyakan mereka bimbang tentang bagaimana aduan tersebut akan memberi kesan kepada status pekerja mereka, jadi mereka memilih untuk mendiamkan diri.
Beberapa sumber turut mendakwa berikutan kontroversi tersebut, presiden syarikat terbabit mengeluarkan kenyataan umum yang menjelaskan bahawa kaedahnya tidak sekali-kali melanggar privasi pekerjanya, tetapi meningkatkan produktiviti dengan memastik mereka tidak menyemak media sosial dan bermain permainan video di tempat kerja.
Bagaimanapun, ramai wargamaya tetap tidak berpuas hati terhadap tindakan tersebut.
Sumber: [1]