Bomoh Paku Kepala Wanita Konon Jamin Dapat Anak Lelaki

Seorang bomoh di Peshawar, Pakistan kini sedang diburu pihak polis selepas bertindak memaku kepala seorang wanita mengandung kononnya sebagai jaminan bagi mendapatkan anak lelaki.

bomoh paku kepala wanita konon jamin dapat anak lelaki

Menurut laporan, mangsa yang sedang mengandungkan anak perempuan keempat memberitahu pihak hospital kepalanya dipaku bomoh terbabit atas nasihatnya.

 

Wanita itu didakwa sanggup melakukan perkara itu meskipun sedar ia sangat bahaya kerana bimbang diugut suami yang akan meninggalkan dirinya jika dia melahirkan lagi bayi perempuan.

 

Menurut doktor yang merawat wanita itu, Dr. Haider Khan berkata, ibu kepada tiga anak perempuan itu datang sendiri ke Hospital Lady Reading selepas beliau gagal untuk mencabut sendiri paku berkenaan menggunkan playar.

bomoh paku kepala wanita konon jamin dapat anak lelaki

Imbasan X-ray menunjukkan paku itu terbenam dalam tengkorak kepalanya, namun mujur ia tidak mengenai bahagian otak.

 

“Kita dapati tukul atau objek berat digunakan bagi memasukkan paku ke dalam kepalanya.

“Dia masih sedar sepenuhnya tetapi dalam keadaan terlalu sakit,” katanya.

 

Ekoran itu, pihak polis kini sedang dalam usaha memburu bomoh terbabit dan menasihatkan orang ramai agar tidak terikut-ikut dengan ajaran dan aktiviti yang dilarang dalam agama.

 

Di beberapa negara Asia Selatan, anak lelaki dianggap jaminan keselamatan dan kewangan serta lebih menguntungkan ibu dan bapa, berbanding anak perempuan.

 

Sumber: [1]