Pekerja Di Syarikat Ini Boleh Cuti 10 Hari Rai Idol Mereka Kahwin

Sebuah syarikat di Jepun menawarkan cuti khas bergaji selama 10 hari bagi meraikan artis idola mereka berkahwin atau bersara.

pekerja di syarikat ini boleh cuti 10 hari rai idol mereka kahwin

Syarikat yang dikenali sebagai Hiroro menggelar sistem cuti itu sebagai Sistem Percutian Oshi, yang mana melayakkan pekerja mereka mengambil cuti berbayar selama 10 hari apabila idola mereka bersara.

 

Mereka juga layak untuk mendapatkan 10 hari tambahan cuti bergaji apabila idola mereka itu berkahwin. Pekerja juga mempunyai pilihan membahagikan cuti mereka untuk pengumuman pertunangan mahupun menjelang majlis perkahwinan idola mereka itu.

 

Idea untuk memberikan cuti kepada pekerja seperti ini tercetus selepas seorang kakitangan kurang memberikan fokus selepas pelakon dan penyanyi kesukaannya mengumumkan perkahwinan.

 

Seorang lagi pekerja bersedih selepas idola mereka dalam dunia hiburan juga mengumumkan bersara. Maka disebabkan itu, syarikat berkenaan mula memperkenalkan sistem baharu tersebut kepada semua pekerjanya.

 

Lebih menarik, menerusi sistem berkenaan, pekerja boleh meminta cuti untuk menghadiri konsert idola mereka serta acara fan meet.

 

Selain itu, kelulusan segera untuk persembahan saat akhir artis idola mereka yang diumumkan beberapa jam sebelum acara itu berlangsung.

 

Sumber: Odisi