Ketika ini dunia sedang tertumpu kepada kejohanan hebat Piala Dunia 2022 yang bertempat di Qatar.
Seiring dengan kemajuan teknologi, Piala Dunia 2022 telah menggunakan bola yang cukup canggih, dikenali sebagai Al-Rihla.
Al-Rihla, bola rasmi yang digunakan di Qatar, mempunyai 14gram sensor pada bahagian dalamnya, membolehkan ia dikesan pada mana-mana lokasi di atas padang.
Bola yang dihasilkan hasil kerjasama Adidas dan FIFA ini turut memudahkan pengadil untuk membuat keputusan sama ada bola melepasi garisan gol atau berada pada kedudukan offsides.
Disebabkan kecanggihan teknologi pada bola rasmi ini, maka ia perlu dicas terlebih dahulu sebelum digunakan maksimum enam jam pada kapasiti bateri penuh.
Sumber: Marca