Harga Sewa Bilik Kecil Di Malaysia Ini Bermula Dari RM290 Sebulan, Sanggup?

Ramai antara kita yang akan memilih untuk menyewa rumah mahupun bilik sementara untuk menyimpan duit bagi tujuan tertentu.

 

Sudah semestinya bilik atau rumah yang ingin disewa itu perlulah dalam keadaan selesa dan harga sewanya berpatutan.

 

Tahukah anda, terdapat satu bilik sewa yang tidak didedahkan lokasinya, mempunyai keluasan agak sempit, namun dilengkapi dengan tilam, bantal, lampu serta pengudaraan, mempunyai nilai sewa bermula daripada harga RM290 sebulan?

 

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Twitter yang terlihat iklan tersebut dengan bilik berkonsepkan ‘kapsul’.

harga sewa bilik kecil di malaysia ini bermula dari rm290 sebulan, sanggup?

Bilik ‘kapsul’ cukup popular dan menjadi pilihan ramai di negara China dan Jepun. Meskipun begitu, harga sewa bulanan yang ditetapkan penyewa ini seakan tidak masuk akal dan ‘cekik darah’.

harga sewa bilik kecil di malaysia ini bermula dari rm290 sebulan, sanggup?

Perkongsian itu meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan keadaan bilik sewa itu serta mengatakan pemilik rumah bersikap melampau kerana mahu mendapat keuntungan berlipat ganda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa kata anda?

 

Sumber: Twitter