Malas Kemas, Kanak-Kanak Ini Menang Anugerah Bilik Paling Sepah Di UK

Gara-gara malas mengemas bilik, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Glaslow menang anugerah bilik paling bersepah di United Kingdom baru-baru ini.

malas kemas, kanak-kanak ini menang anugerah bilik paling sepah di uk

Anugerah yang dianjurkan oleh syarikat menghasilkan katil, Happy Beds, telah disertai oleh bapa kanak-kanak perempuan bernama Emily selepas tidak tahan melihat bilik anaknya yang terlalu bersepah.

malas kemas, kanak-kanak ini menang anugerah bilik paling sepah di uk

Pertandingan itu dianjurkan bagi mencari mana-mana bilik kanak-kanak yang paling bersepah sebagai juara. Ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan ibu bapa dengan kebanyakkannya menghantar gambar bilik anak mereka yang bersepah.

 

Pemenang daripada pertandingan itu akan diberi katil baharu keluaran Happy Beds yang berharga 400 pound (RM2,254).

 

Steve dalam satu kenyataan menyifatkan bilik anaknya seperti medan peperangan dan anaknya hanya menggunakan bilik untuk menukar pakaian dan meletakkan apa sahaja di dalamnya.

malas kemas, kanak-kanak ini menang anugerah bilik paling sepah di uk

“Sudah puas kami menyuruhnya mengemas bilik, namun dia tidak mengendahkannya sehinggalah saya masukkan dia dalam pertandingan ini.

“Saya berharap, dengan ‘anugerah’ yang dimenanginya, Emily akan berubah,” kata Steve.

 

Sumber: [1]