Tak Cukup Besar, Wanita Bibir Terbesar Di Dunia Mahu Besarkan Lagi Bibirnya

Beberapa bulan yang lalu, tular kisah seorang wanita dari Bulgaria yang dipercayai memiliki bibir terbesar di dunia.

tak cukup besar, wanita bibir terbesar di dunia mahu besarkan lagi bibirnya

Kini, wanita itu kembali menjadi tajuk utama berita kerana mahu membesarkan lagi bibirnya dengan menjalani prosedur suntikan kali ke-27, pada hari Krismas nanti.

 

Andrea Ivanova, 24, telah membelanjakan sebanyak £5,000 (RM27,993) untuk bibirnya sahaja, tidak merancang untuk berenti membesarkan bibir dan mahu memanjangkan wajah dan mengubah bentuk dagu serta rahangnya.

tak cukup besar, wanita bibir terbesar di dunia mahu besarkan lagi bibirnya

Katanya, dengan melakukan pengubahsuaian ini, ia membantu meningkatkan keyakinan diri malah berjaya memperoleh lebih 8,000 pengikut di laman Instagram dengan ramai lelaki menawarkan wang kepadanya.

 

Beliau juga tidak berasa bimbang sekiranya bibirnya itu akan pecah suatu hari nanti kerana kerap melakukan suntikan bibir.

 

Ivanova pertama kali menyuntik bibir dengan asid hyaluronik pada 2018 dan menambahnya pada setiap bulan kerana suka dengan bibirnya yang tebal dan mungil. Beliau nekad mahu melakukannya lagi sehingga berapa puas dengan saiz bibir yang diidamkan.

 

Sumber: [1]