Pandai Panjat Tak Pandai Turun, Kucing Ini Berhari-Hari Tersangkut Atas Tiang

Seekor kucing hitam telah mengejutkan penduduk di sebuah kejiranan dekat Amerika Syarikat kerana bertenggek di atas tiang lampu 11 meter berhari-hari lamanya.

 

Kucing yang diberi nama Panther tidak berganjak meskipun pelbagai cara dibuat pemiliknya, Alexis Soberanis dan penduduk lain bagi memujuknya turun dari tiang itu.

pandai panjat tak pandai turun, kucing ini berhari-hari tersangkut atas tiang

Meskipun dipujuk dan diumpan dengan makanan, Panther enggan turun dan ia tidak membuahkan hasil.

 

Pada awalnya, kucing itu dilaporkan hilang pada awal Disember dan pertama kali dilihat di atas tiang itu pada Rabu, 8 Disember 2021.

 

Seorang penduduk yang melihat kucing itu berkata, pelbagai cara dilakukan kejiranan itu untuk memujuk ia turun, namun semua masih gagal. Malah, salji yang mula turun juga tidak mampu menganjakkan kucing itu daripada berada di atas tiang setinggi 11 meter ini.

 

Mereka juga telah cuba menghubungi syarikat kawalan haiwan untuk mendapatkan bantuan, namun amalan biasa syarikat berkenaan adalah dengan memberi masa kepada kucing itu untuk turun dengan sendirinya.

 

Setelah pelbagai usaha bagi membawa kucing ini turun menemui kegagalan, kisah Panther akhirnya sampai kepada anggota Majlis Bandaran Aurora dan pegawai bandar diarahkan menghantar lori dengan tangga pada hari Jumaat minggu berkenaan.

 

Akhirnya, kucing itu berjaya dibawa turun dengan bantuan anggota bomba. Kucing itu juga dilihat tidak sabar-sabar untuk memasuki beg pengangkut haiwan untuk turun daripada tempat tinggi itu.

 

Selepas kejadian ini, pemilik Panther berkata beliau serik untuk membiarkan kucingnya keluar rumah begitu sahaja, meskipun hanya untuk sekali.

 

Sumber: [1]