Kembang Tekak Beli Nasi Lemak Bungkus Dapat ‘Free’ Bangkai Cicak

Seorang individu di Tiktok telah berkongsi satu momen paling tidak dilupakan selepas membeli nasi lemak bungkus.

kembang tekak beli nasi lemak bungkus dapat ‘free’ bangkai cicak

Mana tidaknya, nasi lemak bungkus yang dibelinya itu jika sekali pandang mungkin nampak macam biasa, lengkap dengan sambal bilis, telur rebus serta kacang, tetapi rupanya ia didatangkan dengan seekor bangkai cicak secara ‘percuma’.

kembang tekak beli nasi lemak bungkus dapat ‘free’ bangkai cicak

“Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat. Ni pengotor tahap apa ni cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni,” tulis pengguna Tiktok, @ffaateha menerusi video yang dikongsikan oleh beliau.

 

@ffaateha Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! pengotor gila 🤮🤢🤮 #fyp ♬ 原聲 - mycatso_cute

 

 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian itu berlaku.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa geli dan ‘kembang tekak’ melihat kehadiran reptilia itu dalam hidangan berkenaan.

kembang tekak beli nasi lemak bungkus dapat ‘free’ bangkai cicak

Sumber: Tiktok