Beg Tangan Harga RM297,000 Ini Bersaiz Lebih Kecil Dari Sebutir Garam

Siapa sangka, sebuah beg tangan bersaiz lebih kecil daripada sebutir garam, dijual pada harga AS$63,750 (kira-kira RM297,000).

beg tangan harga rm297,000 ini bersaiz lebih kecil dari sebutir garam

Disebabkan saiznya yang terlalu kecil iaitu 657x22x700 mikrometer, ia terpaksa menggunakan alat mikroskop untuk melihatnya.

 

Beg kecil itu berjaya dijual pada harga berkenaan dalam satu acara lelongan yang dibuat, baru-baru ini.

 

"Ia cukup sempit untuk melepasi mata jarum, ia adalah beg tangan sangat kecil sehingga anda memerlukan mikroskop untuk melihatnya," kata pereka beg tersebut, MSCHF.

beg tangan harga rm297,000 ini bersaiz lebih kecil dari sebutir garam

Difahamkan, beg bersaiz mikro itu dibuat dari fotopolimer, direka dengan menggunakan teknologi pencetakan 3D, dan menampilkan ciri-ciri mewah seperti jenama Louis Vuitton.

 

MSCHF yang berpangkalan di Brooklyn, cukup dikenali dengan reka bentuknya yang penuh dengan kontroversi. Antaranya adalah kasut darah manusia, minyak wangi berbau seperti pelincir WD-40 dan but getar gergasi.

 

Sumber: Sinar Harian