Aneh, Bayi Dalam Kandungan Hilang Lepas Tumpangkan Nenek Tidak Dikenali

Seorang wanita berdepan detik yang tidak diduga dalam hidup apabila kandungannya tiba-tiba hilang selepas dia menumpangkan seorang nenek yang tidak dikenali ketika menunggang motosikal pada waktu Maghrib.

aneh, bayi dalam kandungan hilang lepas tumpangkan nenek tidak dikenali

Kejadian dilapor berlaku di Indonesia menerusi pendedahan dibuat pemilik akaun TikTok @zaitunmoramill.

 

Menurut beliau, sebelum ini ibu dan bapanya pernah melarang beliau untuk keluar rumah ketika waktu Maghrib memandangkan keadaannya yang sedang berbadan dua.

 

Namun disebabkan ketika itu beliau mempunyai urusan yang perlu diselesaikan, beliau terpaksa melanggar larangan tersebut dan keluar seorang diri dengan menaiki motosikal. Ketika itu, beliau ditahan seorang nenek yang tidak dikenali dan mahu menumpang motosikalnya.

aneh, bayi dalam kandungan hilang lepas tumpangkan nenek tidak dikenali

Sepanjang perjalanan, nenek itu bertanya banyak soalan mengenai kehamilannya termasuk usia kandungan dan juga jantina bayi. Disebabkan sifat ramah nenek itu, membuatkan wanita berkenaan menjadi selesa dan bercerita panjang lebar sepanjang perjalanan mereka.

 

Namun, selepas menurunkan nenek itu di tepi jalan, warga emas tersebut hanya diam membisu dan tidak menjawab soalan apabila wanita itu bertanya lokasi rumahnya.

aneh, bayi dalam kandungan hilang lepas tumpangkan nenek tidak dikenali

Seminggu kemudian, wanita itu berasa kandungannya seakan bermasalah, lalu membuat keputusan untuk berjumpa doktor. Alangkah terkejutnya beliau apabila doktor memaklumkan kandungannya telah hilang secara tiba-tiba.

 

“Terkejut, sedih, seram. Perasaan saya bercampur-baur ketika diberitahu bahawa rahim saya menjadi kosong. Istilah perubatannya kalau tidak salah adalah ‘blighted ovum’,” ujarnya.

aneh, bayi dalam kandungan hilang lepas tumpangkan nenek tidak dikenali

‘Blighted ovum’ adalah kehamilan anembrionik yang terjadi apabila telur yang disenyawakan berada dalam lapisan rahim tetapi tidak membesar menjadi embrio.

 

Dek kerana insiden itu, wanita berkenaan dimarahi suami dan keluarga kerana ingkar dengan arahan untuk tidak keluar ketika waktu maghrib.

 

Sumber: Tiktok