Tak Buat Apa-Apa, Lelaki Ini Juara Baring Selama 60 Jam

Pernahkah anda merasakan malas untuk melakukan apa-apa pekerjaan dan hanya berbaring seharian di katil mahupun sofa?

 

Jika ya, anda pasti tidak dapat melawan rekod yang dibuat seorang lelaki dari Montenegro apabila dia berjaya berbaring selama 60 jam lamanya.

tak buat apa-apa, lelaki ini juara baring selama 60 jam

Zarko Pejanovic yang dikenali sebagai Knele telah diisytiharkan sebagai pemenang dalam pertandingan Kejohanan Berbaring edisi ke-12 anjuran Kampung Brezna. Beliau berbaring di tanah selama 60 jam tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti lain.

 

Zarco menyifatkan pertandingan itu sebagai mudah, membuatkan dia berjaya memenangi acara itu untuk edisi kali ini.

tak buat apa-apa, lelaki ini juara baring selama 60 jam

Terdapat sembilan peserta lain yang mengambil bahagian dan semua orang dibenarkan untuk membawa barangan seperti telefon dan buku untuk mengisi masa lapang mereka.

 

Selain memenangi gelaran, Zarco turut membawa pulang wang tunai bernilai 350 euro (RM1561.17), makan tengah hari untuk dua orang di sebuah restoran, penginapan hujung minggu di perkampungan etnik Montenegro dan pengalaman berakit.

 

Sumber: HMetro