Banyak Kali Lelaki Ini Kena Penjara Walaupun Tak Buat Salah

Seorang lelaki telah dipenjarakan sekurangnya sebanyak tiga kali meskipun beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau jenayah.

banyak kali lelaki ini kena penjara walaupun tak buat salah

Segalanya berlaku apabila Rene Martinez Gutierrez, 46, dari Colombia dikenakan hukuman penjara kerana namanya sama dengan seorang pengedar dadah yang paling dikehendaki di negara itu dan juga beberapa negara lain.

 

Disebabkan itu, Rene berdepan detik hitam dalam hidupnya kerana dalam tempoh masa 13 tahun, beliau telah dikenakan hukuman penjara sebanyak tiga kali, meskipun beliau hidup dalam keluarga yang aman dan tiada rekod jenayah.

 

Pertama kali Rene dikenakan penjara adalah pada tahun 2010 selepas beliau ke balai polis bagi meminta laporan untuk membolehkan beliau menjalankan satu perniagaan. Polis yang kemudiannya memeriksa latar belakang Rene mendapati namanya itu ada dalam senarai penjenayah paling dikehendaki dalam dan luar negara. Sejak dari itu, beliau sering disalah anggap sebagai penjenayah, walaupun beliau tidak melakukannya.

banyak kali lelaki ini kena penjara walaupun tak buat salah

Sebaik sahaja dibebaskan, beliau telah merujuk kesnya ini kepada pihak berkuasa, kedutaan, mahkamah hinggalah kepada polis antarabangsa (Interpol), namun tidak ada satupun yang boleh menyelesaikan masalah ini kerana namanya adalah sama dengan watak yang paling diburu mereka.

 

Kali terakhir beliau ditangkap adalah pada awal bulan lalu selepas beliau pulang ke negara asalnya untuk melawat bapanya yang sakit. Sebaik sahaja kapal terbangnya mendarat, beliau terus ditangkap pihak berkuasa dan dikenakan penjara gara-gara namanya yang sama dengan penjayah yang dikehendaki itu. Lebih menyedihkan, bapa Rene meninggal dunia semasa Rene sedang ditahan pihak berkuasa, dan beliau langsung tidak berpeluang melihat bapanya itu untuk kali terakhir.

 

Sumber: Oddity Central