Elak Pemandu Bawa Kereta Laju, Bandar Ini Sengaja Buat Garisan Jalan Bengkang-Bengkok

Sebuah bandar di barat Perancis menjadi perhatian ramai apabila sengaja menggunakan garisan jalan bengkang-bengkok, bertujuan untuk mengawal kelajuan pemandu di jalan raya.

elak pemandu bawa kereta laju, bandar ini sengaja buat garisan jalan bengkang-bengkok

Bandar Bauné, berdekatan dengan Angers, Perancus hanya diduduki oleh kira-kira 1,700 orang, tetapi ia perlu menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari.

 

Lokasinya terletak di persimpangan antara dua jalan-jalan negeri, menjadi punca kepada kesesakan ini. Malah, ada pemandu yang dilihat melanggar had kelajuan ditetapkan iaitu 30km/j, menjadikan jalan raya disitu agak berbahaya.

 

Bagi memaksa pemandu untuk memandu lebih perlahan, pihak berkuasa tempatan mencipta idea menggunakan garisan jalan yang membingungkan iaitu secara bengkang-bengkok.

elak pemandu bawa kereta laju, bandar ini sengaja buat garisan jalan bengkang-bengkok

Menariknya, idea itu nyata berjaya mengawal kelajuan pemandu di bandar ini, meskipun ia kelihatan aneh dan pelik.

elak pemandu bawa kereta laju, bandar ini sengaja buat garisan jalan bengkang-bengkok

Disebabkan idea aneh ini, bandar itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.

 

Sumber: Oddity Central