Jika anda ke bandar Igbo-Ora dekat barat daya Nigeria, pasti anda akan bertemu ramai pasangan kembar disini.
Tiada penjelasan saintifik yang dapat menerangkan sebab kenapa bandar ini mempunyai kadar tinggi pasangan kembar, namun penduduk disitu percaya ia ada kena mengena dengan diet yang diamalkan wanita disitu.
Menurut seorang wanita, Alake Olawunmi, kelahiran anak kembarnya mungkin disebabkan makanan istimewa tempatan yang dipanggil sebagai amala, iaitu makanan yang diperbuat daripada tepung keladi.
Amala ialah makanan asli penduduk tempatan di Nigeria, yang diperbuat daripada tepung keladi dan/atau tepung ubi kayu, atau tepung pisang yang belum masak. Ubi keladi dikupas, dihiris, dibersihkan, dikeringkan dan kemudian digaul menjadi tepung. Ia adalah hidangan sampingan yang popular dihidangkan bersama sup kacang mata hitam, tetapi juga dihidangkan dengan pelbagai sup lain, seperti efo, ila, dan atau ogbono.
Sementara itu, seorang pakar sakit puan disitu berkata, ada kemungkinan makanan yang dimakan mereka mempunyai tahap hormon tertentu yang tinggi, menyebabkan ovulasi berganda berlaku seterusnya menggalakkan kelahiran pasangan kembar.
Disebabkan keunikan kelahiran kembar di bandar ini, festival tahunan bagi meraikan anak kembar telah diadakan setiap tahun sejak 12 tahun lalu. Acara itu akan dihadiri 1,000 pasangan kembar serta menarik peserta luar seperti dari Perancis.
Sumber: HMetro