Tak Nak Orang Tahu, Bandar Di Jepun Ini ‘Dihilangkan’ Dari Peta

Jepun merupakan sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik, yang terdiri daripada 6,852 buah pulau, membentuk segugusan kepulauan. Lihat sahaja pada peta setiap bandar di negara itu, memang kepulauan ini cukup besar dan dikenali dunia.

tak nak orang tahu, bandar di jepun ini ‘dihilangkan’ dari peta
 
Meskipun begitu, terdapat satu bandar di Osaka, Jepun yang tidak diletakkan dalam peta, iaitu bandar Kamagasaki.

tak nak orang tahu, bandar di jepun ini ‘dihilangkan’ dari peta
 
Dilaporkan akibat kemiskinan melampau, pemerintah di Osaka enggan dunia tahu akan kewujudan bandar berkenaan.

tak nak orang tahu, bandar di jepun ini ‘dihilangkan’ dari peta
 
Penduduk di bandar Kamagasaki dilaporkan masih sukar untuk menjana pendapatan meskipun terdapat banyak peluang pekerjaan di Jepun.

tak nak orang tahu, bandar di jepun ini ‘dihilangkan’ dari peta
 
Malah, mereka tidak tahu bagaimana nasib setiap hari, sama ada boleh mendapat wang untuk terus hidup, atau terpaksa beratur bagi mengambil makanan di dapur umum.

tak nak orang tahu, bandar di jepun ini ‘dihilangkan’ dari peta
 
Walaupun bandar itu menempatkan ramai gelandangan di kaki lima, nilai persahabatan dan kerjasama mereka wajar dipuji kerana penduduk disitu bersama-sama melalui kehidupan yang getir.


Mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain, walaupun mereka hidup dalam keadaan daif.

 
Sumber: Kompas