Baju Kot Pertama Di Dunia Dihasilkan Daripada Bulu Misai

Sebuah jenama pakaian lelaki di Australia, Politix, dengan kerjasama pelukis visual, Pamela Kleeman-Passi telah menghasilkan sebuah baju kot menggunakan misai lelaki.

baju kot pertama di dunia dihasilkan daripada bulu misai

Baju kot yang diberi nama Mo-Hair itu adalah sebahagian daripada acara tahunan Movember yang menggalakkan golongan lelaki diseluruh dunia menyimpan misai pada bulan November.

 

Ia juga dalam usaha memupuk kesedaran masalah kesihatan serius dalam kalangan lelaki seperti kanser prostat dan testikel.

 

Menurut Passi, bekalan misai asli diambil sebuah salon rambut yang melaksanakan program kitar semula rambut dan misai terkumpul.

baju kot pertama di dunia dihasilkan daripada bulu misai

Sejak bermulanya program berkenaan, orang ramai mula menghantar misai dan rambut mereka sebagai sumbangan.

 

Misai dan rambut yang dikumpul dijahit bersama-sama kapas bagi mencipta fabrik asli sebelum ia diserahkan kepada pengurus reka bentuk Politix yang akan memotongnya menjadi baju kot.

baju kot pertama di dunia dihasilkan daripada bulu misai

Satu lapisan fabrik juga dilapik pada bahagian dalam untuk mengelakkan kegatalan pada si pemakai.

Sumber: [1]