Awan Bentuk Seakan Kapal Selam KRI Nanggala 402 Dilihat Di Perairan Bali

Sebuah video Tiktok yang menunjukkan kejadian awan membentuk seakan-akan kapal selam KRI Nanggala 402 menjadi perhatian ramai di media sosial.

awan bentuk seakan kapal selam kri nanggala 402 dilihat di perairan bali

Awan tersebut muncul di kaki langit laut sebuah perkampungan di Denpasar, Bali dan berjaya dirakam oleh seorang lelaki yang kebetulan ketika itu sedang menikmati pemandangan matahari terbit.

 

“Kelihatan seperti kapal selam KRI Nanggala-402,” tulis lelaki itu pada video yang dimuatnaik tersebut.

 

Menurutnya, dia dan rakannya ketika itu sedang menikmati pemandangan matahari terbit pada jam 5 pagi sebelum awan yang menyerupai bentuk kapal itu muncul.

 

“Video itu dirakam tanpa sengaja ketika saya sedang merakam video untuk dimuat naik ke Instagram.

“Namun, awan itu hanya muncul dalam beberapa minit sebelum ia hilang begitu sahaja.

“Saya kemudiannya memuat naik video tersebut di WhatsApp dan TikTok. Ternyata, ramai yang memberi komen bahawa awan itu mirip kapal selam KRI Nanggala-402,” ujarnya.

 

 

Menurut Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, fenomena itu adalah biasa terjadi kerana awan yang terbentuk itu adalah jenis awan kumulus.

 

Awan kumulus terbentuk hasil daripada proses pengewapan air yang kemudiannya dibawa angin dan saling berkumpul di kawasan tertentu.

 

Sumber: Astro Awani