[Video] Kucing Lari Ketakutan Lihat Asap Misteri Keluar Dari Anak Patung

Seorang wanita di Quinte West, Kanada telah merakamkan insiden aneh dimana kucing peliharaannya berlari ketakutan selepas melihat asap hitam misteri keluar daripada badan anak patung.

[video] kucing lari ketakutan lihat asap misteri keluar dari anak patung

Kathy Gallinger berkara, sejak berpindah ke rumah itu pada 2018, banyak kejadian misteri sering berlaku dan menganggu kehidupannya.

.

Namun rakaman video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya ini benar-benar menakutkan.

.

Dalam video berkenaan, kucing yang bernama Salem itu pada awalnya dilihat merenung ke arah patung lama dari tahun 1950-an, milik ibu Gallinger.

.

Namun sejurus kemudian, asap misteri berwarna hitam dilihat keluar dari patung tersebut dan menuju ke arah Salem, membuatkan kucing itu terkejut lantas berlari menyembunyikan diri.

[video] kucing lari ketakutan lihat asap misteri keluar dari anak patung

Ekoran daripada insiden itu, Gallinger memanggil ahli psikik yang memberitahunya bahawa hantu yang berada dalam rumahnya itu tidaklah membahayakan atau mengancam keluarganya.

.

“Dia (ahli psikik) berkata bahawa tiada sebarang petanda menunjukkan hantu itu mahu kami keluar dari rumah ini. Ia cuma mahu kami sedar akan kewujudannya,” katanya.

.

Selain insiden ini, Gallinger juga mempunyai beberapa rakaman CCTV dari ruang bawah tanah rumahnya yang jelas menunjukkan wujudnya aktiviti paranormal disitu.

.

Sumber: [1]