Sangat tidak masuk akal apabila satu karya seni yang tidak boleh dilihat apatah lagi dipegang dan disentuh, telah berjaya dijual pada harga 15,000 Euro (kira-kira RM75,650).
Menurut laporan, harga arca halimunan itu diletakkan pada harga 6,000 hingga 9,000 Euro, namun dinaikkan selepas menerima beberapa bidaan daripada pembeli.
Di ‘hasilkan’ oleh pengukir warga Itali, Salvatore Garau, 67, karya itu diberi nama 'Io Sono' yang bermaksud 'Saya warga Itali'.
Menurutnya, arca itu sebenarnya merujuk kepada keadaan spiritual atau semangat dan bukannya fizikal. Pendek kata, ia tidak wujud secara dunia realiti, tetapi ada dalam dimensi berbeza.
Pembeli karya itu juga menerima sijil penjualan yang ditandatangan oleh Gara sendiri.
“Sekarang ia wujud dan akan bertapak di sini buat selamanya. Anda tidak melihatnya tetapi ia sebenarnya wujud. Ia diperbuat daripada udara dan semangat seseorang," tulisnya pada video di Instagram.
Sumber: Astro AWANI