Aneh, Motor Ditunggang Pelajar Perempuan Tersangkut Pada Bumbung Rumah

Sebuah motosikal yang ditunggang pelajar perempuan telah tersangkut pada bumbung rumah penduduk di Kampung Cikuya, Tasikmalaya dekat Jakarta, baru-baru ini.

aneh, motor ditunggang pelajar perempuan tersangkut pada bumbung rumah

Perkara itu dianggap luarbiasa kerana kelihatan mangsa masih berada atas motosikal berkenaan selepas kejadian, seakan terbang dan melanggar bumbung rumah.

 

Menurut pegawai polis tempatan, motosikal itu dinaiki tiga orang dan kesemua mereka adalah pelajar sekolah rendah.

“Menurut rakannya yang berada di belakang mangsa, motosikal yang dipandu mangsa hilang kawalan dari atas kerana brek motosikal gagal,” kata Ketua Polis Bantarkalong, AKP Mugiono

aneh, motor ditunggang pelajar perempuan tersangkut pada bumbung rumah

Saksi yang berada disitu berkata, motosikal tersebut mengalami kerosakan brek semasa menuruni curam, menyebabkan ia terbabas lalu ‘terbang’ dan melanggar atap genting rumah seorang penduduk kampung.

 

“Jadi pada awal kejadian, mangsa bersama rakannya bertolak dari Kampung Sukajadi, Kampung Cintabodas ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah motosikal bersama tiga individu,” katanya.

 

Kesemua mangsa selamat dan cuma mengalami kecederaan luka pada wajah dan tangan.

Sumber: Kosmo!