Zirafah merupakan haiwan mamalia dengan kaki dan leher panjang, serta badanya yang mempunyai corak serta tompok.
Bagaimanapun seekor anak zirafah telah dilahirkan dengan badannya tanpa tompoh, membuatkan ia kelihatan sangat unik dan berbeza dengan spesisnya yang lain.
Kejadian berlaku di Zoo Brights dekat selatan Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang mana ia fenomena yang amat jarang berlaku.
Disebut sebagai zirafah retikulasi, ia dilahirkan pada 31 Julai lalu, dan kini ketinggiannya mencecah 183 sentimeter.
"Anak zirafah betina itu berwarna coklat penuh yang cantik tanpa sebarang corak tersendiri spesies itu, yang biasanya membantu haiwan itu menyamar di habitat semula jadi.
"Ia adalah zirafah pertama yang diketahui dilahirkan tanpa sebarang tompokan (pada badan) sejak 1972 iaitu di Jepun," kata pengarah zoo, David Brights.
Anak zirafah itu kini membesar dengan baik dibawah jagaan ibunya sambil dipantau oleh kakitangan zoo. Malah, pihak zoo turut meminta cadangan nama untuk anak zirafah unik ini daripada pengguna di laman Facebooknya.
Sementara itu, Tony berkata populasi zirafah kini semakin berkurangan dan terancam dengan kepupusan.
Sumber: Zoo Brights/ Reuters