Anak Main Telefon Ibu, Tak Sengaja Bayarkan Semua Barang Dalam ‘Cart’

Mereka yang sering membeli-belah secara atas talian, sudah pasti sering menambahkan barangan yang dihajati ke dalam troli atau ‘add to shopping cart’ terlebih dahulu.

anak main telefon ibu, tak sengaja bayarkan semua barang dalam ‘cart’

Tujuannya adalah bagi menunggu masa sesuai untuk membayar dan berfikir terlebih dahulu, lebih-lebih lagi jika barangan itu mahal harganya.

 

Begitulah yang mungkin difikirkan seorang ibu dari New Jersey, Amerika Syarikat selepas meletakkan beberapa barangan ke dalam troli menerusi laman perabot, Walmart. Wanita itu pada mulanya masih belum mahu membayar kesemua item itu dan menunggu masa yang sesuai.

anak main telefon ibu, tak sengaja bayarkan semua barang dalam ‘cart’

Namun, beliau merasa aneh apabila satu demi satu bungkusan parcel tiba ke rumah, membuatkan dia keliru siapa yang membayarnya.

 

Selepas bertanya kepada suami dan dua anaknya, mereka menafikan membayar kesemua barangan itu, lalu tidak salah lagi suspek utama adalah anak lelakinya paling kecil yang berusia 2 tahun.

 

Menurut laporan NBC New York, kanak-kanak lelaki itu dikatakan bermain telefon ibunya dan tanpa sengaja memesan barang-barangan itu berjumlah AS$2,000 (kira-kira RM8,373.00)

anak main telefon ibu, tak sengaja bayarkan semua barang dalam ‘cart’

Antara barangan yang telah dipesan dan dibayar adalah kerusi dan pasu hiasan.

 

Susulan pembelian ‘tanpa sengaja’ itu, keluarga berkenaan merancang untuk menyimpan beberapa barangan sahaja dan memulangkan selebihnya supaya mereka boleh mendapatkan bayaran semula.

 

Tambah lagi, disebabkan insiden itulah juga mereka belajar untuk mengunci telefon bimbit dengan kata laluan sukar serta pengecaman wajah.

 

Sumber: [1]