Akibat Terlalu Cantik, Cikgu Di China Ini Hampir Kena Pecat!

Bunyinya seolah-olah tidak masuk akal namun itulah yang terjadi di China baru-baru ini terhadap seorang guru wanita tadika yang dipecat akibat terlalu cantik!

akibat terlalu cantik, cikgu di china ini hampir kena pecat!

Lapor media tempatan, Xuan, guru wanita itu dipecat susulan permintaan kebanyakan ibu murid yang terasa terancam dengan kecantikannya itu.

Menurut para ibu bapa pelajar, guru wanita itu mempunyai rupa paras cantik seakan-akan artis popular China, Angelababy, yang pernah menduduki tangga ketiga dalam senarai 100 Wanita Tercantik di Asia 2020.

Menurut para ibu, kerana kecantikannya itu, ia membuatkan kebanyakan sang ayah ‘seronok’ datang mengambil anak-anak mereka di sekolah.

Bagaimanapun, pihak sekolah dilaporkan tidak mengendahkan permintaan tidak masuk akal daripada ibu-ibu murid itu kerana wanita itu dikatakan melakukan kerjanya dengan baik dan memberi perhatian bagus kepada semua murid di situ.

 

Sumber: [1]