Percaya Berita Palsu, Keluarga Ini Amal Minum Air Kencing Bagi Elak COVID-19

Gara-gara mempercayai berita palsu yang diterima menerusi aplikasi Whatsapp, sebuah keluarga di Britain sanggup minum air kencing sendiri kerana dikatakan ia boleh merawat penyakit COVID-19.

percaya berita palsu, keluarga ini amal minum air kencing bagi elak covid-19
 
Menurut laporan The Sun, seorang ibu dan anak-anaknya telah mengamalkan minum urin selama empat hari berturut-turut akibat percaya dan taksub dengan berita palsu berkenaan.
 
Wanita itu memberitahu beliau percaya akan kesahihan mesej berkenaan kerana ia dihantar oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekatnya menerusi WhatsApp.

percaya berita palsu, keluarga ini amal minum air kencing bagi elak covid-19
 
Mesej yang diterima itu menceritakan tentang keberkesanan amalan minum air kencing setiap pagi sebagai ubat untuk menyembuhkan COVID-19.
 
“Saya percaya kepada kuasa penyembuhan rawatan tradisional dan enggan mengambil suntikan vaksin kerana lebih berbahaya kepada keluarga saya,” dakwa wanita tersebut.
 
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat, Olivia Clymer berkata akibat daripada terlalu percaya kepada sumber tidak sahih, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat.
 
Pada minggu lalu, doktor-doktor di Britain memberi amaran kepada orang ramai agar tidak meniru kaedah rawatan palsu COVID-19 dengan menyedut wap yang juga disebarkan melalui WhatsApp.
 
Sumber: The Sun