Aiskrim Ini Diperbuat Dari Plastik Kitar Semula dan Ia Selamat Dimakan [Video]

Seorang pereka dari UK, Eleonora Ortolani, mendakwa bahawa beliau telah mencipta aiskrim pertama di dunia yang diberi perasa vanila daripada plastik kitar semula.

aiskrim ini diperbuat dari plastik kitar semula dan ia selamat dimakan [video]

Menerusi projek yang diberi nama Guilty Flavours, idea ini bermula daripada kekecewaan Ortolani terhadap kaedah kitar semula plastik tradisional yang sering menghasilkan produk yang tidak boleh dikitar semula lagi. Beliau kemudian terinspirasi oleh sejenis cacing yang mampu mencerna plastik dan mula meneroka idea tentang bagaimana jika manusia boleh makan dan mencerna bahan plastik.

 

Ortolani bagaimanapun berdepan dengan cabaran untuk mencari seorang saintis yang bersedia untuk bekerjasama dalam projeknya, sebelum beliau bertemu dengan dengan Joanna Sadler, seorang saintis makanan dan penyelidik dari Universiti Metropolitan London dan Universiti Edinburgh.

aiskrim ini diperbuat dari plastik kitar semula dan ia selamat dimakan [video]

Mereka kemudian mensintesis vanilin sintetik daripada plastik, kerana kedua-dua vanilin dan plastik berasal daripada minyak mentah. Dengan menggunakan enzim untuk memecahkan struktur molekul plastik dan mensintesis vanilin, mereka mengubah plastik menjadi bahan baru.

 

Walaupun bahan yang dihasilkan ini hampir sama dengan vanilin dari segi bau dan struktur molekul, namun belum ada sesiapa yang mencubanya kerana bimbang soal keselamatan makanan.

Oleh kerana ini merupakan pencapaian luar biasa, ia dianggap sebagai bahan baru oleh pihak berkuasa keselamatan makanan, memerlukan kajian keselamatan yang teliti sebelum ia boleh dimakan oleh manusia.

 

Kumpulan pertama aiskrim vanila yang dihasilkan daripada plastik sintetik kini telah dipamerkan di Central Saint Martins Design School.

Ortolani berharap projeknya akan mencetuskan perbincangan tentang pentingnya kitar semula dan persepsi orang ramai terhadap produk sintetik dan semulajadi. Beliau juga percaya bahawa plastik adalah sebagai sebahagian daripada ekosistem yang sama seperti bahan lain, yang mana ia boleh membawa perubahan dalam cara kita menganggap makanan dan cara kita memahami pengeluarannya.

 

Sumber: Oddity Central