Air Mineral Paling Mahal Di Dunia Ini Cecah RM254 Ribu Sebotol

Berapakah harga untuk satu botol air mineral yang pernah anda minum?

air mineral paling mahal di dunia ini cecah rm254 ribu sebotol

Tahukah anda, air mineral dengan isi padu 750 milimeter ini mungkin menjadi air mineral dan juga air paling mahal di dunia.

air mineral paling mahal di dunia ini cecah rm254 ribu sebotol

Air mineral dengan jenama Acqua di Cristallo Tributo a Modigliani  ini dijual pada harga AS$60,000 (RM254,431), kerana dihasilkan dari tiga sumber mata air berbeza iaitu Fiji, Perancis dan Ireland.

 

Ketiga-tiga sumber mata air itu juga disifatkan antara yang paling bersih di dunia, sekaligus menyebabkan air mineral ini dijual pada harga yang sangat tinggi.

air mineral paling mahal di dunia ini cecah rm254 ribu sebotol

Bagi melengkapkan citarasa ekslusif kepada pembeli, air mineral ini diletakkan dalam botol kaca yang disadur dengan emas 24 karat. Lebih menarik, setiap titis air mineral itu juga mempunyai lima gram emas 23 karat dan taburan emas itu dikatakan mampu memberi lebih tenaga berbanding air mineral biasa.

 

Air mineral kayangan ini direka oleh pereka botol terkenal dunia, Fernando Altamirano.

 

Sumber: [1]