“Saya Tak Malu Pun Dengan Nama Saya Sendiri,” – Ahmad Ferrari

Ahmad Ferrari Ahmad Fauzi berkata beliau tidak merasa malu dengan namanya, bahkan berbangga dengan namanya itu.

“saya tak malu pun dengan nama saya sendiri,” – ahmad ferrari

Lelaki warganegara Malaysia berusia 35 tahun ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana memiliki nama yang sama dengan jenama kereta mewah Itali yang terkenal.

 

Ujar bapanya, nama Ferrari adalah yang terbaik dan juga kereta nombor satu dari Itali. Oleh itu, bapanya berharap anaknya itu akan menjadi yang terbaik seperti Ferrari. Oleh itu, Ahmad Ferrari merasakan bahawa namanya memberikan inspirasi kepadanya dan juga orang lain yang tahu apa itu Ferrari.

“saya tak malu pun dengan nama saya sendiri,” – ahmad ferrari

Ahmad Ferrari menceritakan bahawa namanya telah menarik perhatian sejak dari zaman sekolah lagi. Namun, tidak ada rakan mahupun orang terdekat yang membuat jenaka dengan namanya itu.

 

Ahmad Ferrari berasa istimewa dengan nama itu ketika mula masuk sekolah, tetapi guru-guru hanya memandang biasa sahaja mungkin kerana kurang pendedahan mengenai kereta buatan Itali pada masa itu. Namun namanya mula menjadi perhatian ketika beliau melangkah ke Tingkatan Satu.

 

Ketika namanya disebut, ramai yang akan terkejut dan tanya sama ada itu nama sebenar beliau atau sekadar panggilan. Tetapi, dalam kalangan rakan terdekat, mereka akan memanggil beliau Ferrari. Ahmad Ferrari kini juga telah bekerja sebagai jurujual kereta mewah.

“saya tak malu pun dengan nama saya sendiri,” – ahmad ferrari

Bukan sahaja di Malaysia, Ahmad Ferrari juga telah mendapat perhatian ketika berada di luar negara, seperti ketika beliau ke Itali atas urusan kerja. Kebanyakan orang di sana menyebut bahawa dia membawa nama yang mempunyai reputasi baik.

 

Dalam pada itu, Ahmad Ferrari bersyukur dan dalam keluarganya, dia adalah satu-satunya yang mempunyai nama yang berbeza dari yang lain.

 

Sumber: HMetro