Semua Ahli Kumpulan K-pop Wanita Ini Tidak Akan Tua Selamanya

Jika anda melihat kepada foto ini, pasti anda tidak menyangka ia bukanlah individu sebenar sebaliknya adalah imej maya yang dihasilkan daripada teknologi kecerdasan buatan (A.I).

semua ahli kumpulan k-pop wanita ini tidak akan tua selamanya

Kumpulan K-pop dari Korea Selatan, Eternity, adalah satu kumpulan maya yang mempunyai 11 ahli, dihasilkan menggunakan teknologi canggih.

semua ahli kumpulan k-pop wanita ini tidak akan tua selamanya

Idea untuk menghasikan kumpulan Eternity ini timbul selepas melihat kepada populariti kumpulan K-pop sebelum ini dan sedia ada yang semakin dijamah usia dan menjadi tidak relevan apabila semakin tua.

 

Disebabkan itu, kumpulan Eternity dicipta yang dilihat akan kekal relevan selamanya kerana mereka tidak akan menjadi tua.

Sekali pandang, Eternity tidak ubah seperti kumpulan K-pop wanita lain. Mereka menari, menyanyi dan menghiburkan penonton dalam video musik berteknologi tinggi. Cuma yang membezakan Eternity dengan kumpulan k-pop lain adalah mereka sebenarnya tidak wujud dalam alam nyata.

Kumpulan Eternity mula menempatkan nama dalam industri hiburan K-pop sejak dari tahun 2021 lagi. Untuk menghasilkan mereka, syarikat Pulse9 menggunakan 101 wajah wanita dengan teknologi Deep Real AI, memfokuskan kepada empat ciri utama iaitu comel, seksi, bijak dan bersahaja. Peminat kemudian memilih karakter yang mereka suka, sebelum membentuk satu kumpulan wanita yang disebut sebagai Eternity.

semua ahli kumpulan k-pop wanita ini tidak akan tua selamanya

Menariknya, Eternity bukanlah satu-satunya kumpulan K-pop maya Korea Selatan. Beberapa tahun lalu, kumpulan gadis K-pop Aespa membuat debutnya dengan lapan ahli, yang mana empat ahlinya adalah manusia sebenar dan empat avatar maya.

 

Sumber: OC