Pekerja Layankan Saja Order Pelanggan Mahu 50 Keping Keju Extra Pada Burger

Customer always right. Itu yang sering diungkapkan apabila berhadapan dengan pelanggan, tak kiralah bekerja dalam sektor apa sekali pun.
 
Ia termasuklah dengan permintaan pelik daripada pelanggan sebuah restoran terkenal ini yang mahukan 50 keping keju tambahan pada set burgernya, yang membuatkan wargamaya ‘garu kepala’.

pekerja layankan saja order pelanggan mahu 50 keping keju extra pada burger
 
Menerusi Daily Star, tempahan itu dibuat secara atas talian, dimana pelanggan dibenarkan untuk menambah apa jua tambahan lain pada makanan yang dipesan.
 
Foto yang tular menerusi Reddit itu berbunyi, “Seseorang telah menempah burger di Nando’s dengan 50 keping keju”, dengan imej burger itu kelihatan lebih tinggi daripada biasa.

pekerja layankan saja order pelanggan mahu 50 keping keju extra pada burger
 
Keju tambahan yang dipesan itu membuatkan harga burger berkenaan mencecah 30 Pound, atau bersamaan RM171.56.
 
Tidak dapat dipastikan sebab mengapa burger itu ditempah sedemikian, yang pasti individu tersebut pastinya seorang yang sangat gilakan keju!

 
Sumber: Daily Star