Wanita Tular Kerana Ambil Kembali Barang Yang Pernah Dihadiahkan Pada Bekas Kekasih

Putus cinta sememangnya adalah satu perkara yang menyakitkan.

wanita tular kerana ambil kembali barang yang pernah dihadiahkan pada bekas kekasih

Adakalanya ia juga membuatkan kita bertindak melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

Sebuah video yang tular di komuniti media sosial negara seberang baru-baru ini, seorang wanita di Indonesia dikatakan telah mengambil semula pelbagai barang yang diberikan olehnya kepada bekas kekasih.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita yang memakai t-shirt berwarna coklat dan seluar jeans kelabu dilihat berjalan masuk ke dalam seseorang.

Dari dalam rumah, wanita itu membawa sistem bunyi merah sambil dibantu seorang lelaki.

Kemudian, jelas kedengaran suara lelaki yang dipercayai bekas kekasih wanita itu, menegur tingkah laku wanita tersebut yang kecewa akibat hubungan mereka yang telah berakhir.

Wanita itu kemudian meletakkan barang tersebut di atas kereta biru yang diparkir di pinggir jalan sebelum kembali mengambil barang kedua sekali lagi.

Selesai berbuat demikian, wanita yang mengenakan topeng itu kemudian masuk ke dalam kereta sebelum meninggalkan kawasan rumah tersebut dengan keretanya.

Video itu bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan tempat kejadian.

Namun, jelas kedengaran lelaki yang dipercayai bekas kekasih wanita itu mengatakan bahawa dia tidak pernah kesemua hadiah itu daripadanya.

Dalam nada kekecewaan, dia turut memanggil atau menggelar wanita itu sebagai pencuri.

Rata-ratanya, warganet seperti biasa meninggalkan pelbagai jenis reaksi mereka di ruangan komen dengan kebanyakan mereka mempertahankan tindakan wanita tersebut.

Kalau ada yang baru lepas putus cinta di sini, kalau boleh cubalah selesaikan konflik atau tamatkan hubungan korang dalam cara-cara yang elok ya? Elakkan bermusuh selagi mampu.

 

Sumber: [1]