Seorang wanita di Amerika Syarikat menjadi tular setelah satu foto yang memperlihatkan dirinya keluar dari tingkap kereta sambil mengangkat senapang AK-47 tersebar.
Foto yang dikeluarkan Polis San Francisco itu menunjukkan wanita terbabit muncul keluar dari tingkap kereta jenis Cadillac berwarna kelabu, dipercayai berlaku ketika satu perlumbaan haram.
Memetik laporan Sky News, pihak berkuasa mengatakan mereka telah mengejar kereta tersebut dan merampas senjata itu.
Menerusi satu catatan di Twitter, pihak polis San Francisco menjelaskan kereta tersebut turut ditarik sambil ditemani pegawai peronda motosikal.
Jelas jurucakap polis, Adam Lobsinger, pihak polis kini sedang menyiasat wanita yang membawa senapang A-47 itu.
“Oleh kerana siasatan masih dijalankan, saya tidak dapat memberi sebarang maklumat lanjut,” katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak dapat memberi komen sekiranya wanita terbabit turut dicekup pihak polis atau jika dia ada melepaskan tembakan ketika berlakunya kejadian perlumbaan haram itu.
Sumber: [1]