Wanita Bercinta Dengan Mainan Kapal Terbang

Seorang wanita berusia 28 tahun dari Hungary yang dikenali sebagai Sandra mendakwa dirinya telah menjauhi hubungan percintaan dengan manusia gara-gara jatuh cinta dengan kapal terbang mainan.

wanita bercinta dengan mainan kapal terbang

Menurut Sandra, dia sentiasa mempunyai hat terhadap kapal terbang sejak usia remajanya, yang mana apabila dewasa, dia berjaya mendapatkan pekerjaan dalam industri penerbangan supaya dia boleh dikelilingi kapal terbang.

Namun, segala-galanya berubah ketika dia bertemu dengan ‘Luffancs’, model kapal terbang plastik, yang mana dia kemudian menyedari bahawa dirinya jatuh cinta dengan model kapal terbang terbabit.

Januari tahun ini, selepas berpisah dengan teman lelakinya, Sandra membeli model kapal terbang mainan itu pada harga RM2,769, dan mendakwa jatuh cinta dengan model kapal terbang itu!

“Saya tidak tahu mengapa saya mencintainya, saya cukup mencintainya,” kata wanita berusia 28 tahun dari Budapest itu.

wanita bercinta dengan mainan kapal terbang

“Dia adalah perkara pertama yang saya lihat pada waktu pagi dan perkara terakhir apabila saya tidur, saya tidak akan memilih yang lain. Saya boleh melakukan segala-galanya dengan dia,” tambahnya.

Walaupun dia kini bekerja di sekitar kapal terbang setiap hari, Sandra berkata dia tidak akan pernah sesekali menipu Luffancs dengan kapal terbang lain.

Adakalanya, dia akan menyentuh atau memberi ‘flying kiss’ pada kapal terbang lain, namun ia tidak lebih daripada sekadar itu.

“Saya mempunyai sesuatu yang istimewa dan saya tidak bersedia untuk merosakannya,” kata Sandra.

“Cinta besar saya ialah LX-UCV di lapangan terbang tetapi kerja adalah kerja, saya hanya melakukan segala-galanya di rumah. Perkara yang paling saya lakukan dengan pesawat lain di tempat kerja hanyalah menyentuh dan ‘flying kiss”.”

Tambah Sandra, sejak bersama dengan Luffancs, dia tidak pasti sekiranya dia akan bercinta dengan manusia lagi memandangkan hubungan mereka begitu membahagiakan menurutnya.

“Saya tidak pasti sama ada saya akan kembali kepada hubungan sesama manusia. Kapal terbang lebih boleh dipercayai sebagai pasangan. Saya tahu saya sentiasa boleh bercakap dengannya,” kata Sandra.

“Saya tidak pernah rasa begini dengan pasangan sebelum ini. Buat pertama kali dalam hidup saya, saya jatuh cinta.”


Sumber: [1]