Wajah Korang Ada Nilai Komersial? Jadikan Sebagai Topeng Dan Jual Kepada Orang Ramai

wajah korang ada nilai komersial? jadikan sebagai topeng dan jual kepada orang ramai

Korang rasa wajah korang boleh dijual dan korang nak tengok orang lain pakai topeng dengan wajah korang?

Seorang pembuat topeng muka di Jepun, Kamenya Omoto telah menghasilkan topeng muka dengan lakaran wajah sebenar manusia. Beliau menghasilkan tersebut dengan cetakan 3D dan kalau korang tengok memang nampak realisitik.

Dalam kenyataan yang diterjemah oleh CNET, Kamenya menulis “Kami akan jual beli wajah anda”. Project tersebut dinamakan sebagai That Face.

Buat masa ini, kalau nak beli, korang boleh beli topeng muka pemilik kedai tersebut dengan harga $729 atau lebih kurang RM2,952.

Tapi, korang sanggup tak tengok orang lain pakai topeng  dengan muka korang sendiri?

Sumber: Design Taxi