Viral Monyet Lihat Diri Sendiri Dalam Cermin

Jarang sekali gelagat haiwan yang tular di serata internet tidak mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

viral monyet lihat diri sendiri dalam cermin

Baru-baru ini, tular di media sosial video seekor monyet yang melihat dirinya sendiri di dalam cermin sebuah basikal.

Dalam klip pendek itu, kelihatan monyet tersebut duduk di atas sebuah basikal ketika dia menyedari kewujudan cermin di hadapannya.

Sejenak, monyet tersebut kelihatan terkejut melihat bayangannya sendiri kerana menganggap ia adalah monyet lain di dalam cermin itu.

Ia kemudian menyedari yang bayangan tersebut merupakan dirinya yang mana ia menggaru kepalanya dengan penuh kebingungan sebelum memukul-mukul cermin tersebut.

Apa-apa pun, gelagat monyet ini sememangnya berjaya mencuri perhatian orang ramai yang terhibur melihat dirinya yang bersahaja di hadapan cermin basikal itu!

 

Sumber: [1]