Seumur hidup, pernah tak anda merasa pengalaman melalui bulan Ramadan sebanyak dua kali dalam setahun?
Sekiranya anda masih belum pernah melalui pengalaman seumpamanya, terdapat kemungkinan pada 2030, fenomena tersebut mungkin akan berlaku.
Sebelum teleskop dengan spesifikasi tinggi digunakan untuk menentukan waktu bermulanya Ramadan, umat Islam terlebih dahulu menggunakan kalendar dan kitaran bulan untuk mengetahui bilakah terjadinya Ramadan.
Sebahagian daripada bulan lunar bergerak ke hadapan sebanyak 10 hingga 11 hari setiap tahun.
Ia bermaksud bahawa pada 2030, Ramadan akan jatuh pada Januari dan sekali lagi pada Disember.
Sekadar perkongsian, bulan lunar merupakan sejenis sistem kalendar yang berdasarkan pada pengiraan fasa bulan.
Menurut Hassan Ahmed Al Hariri, Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Astronomy Group, dia berkata bahawa kejadian Ramadan yang berlaku dua kali setahun tidak boleh dianggap sebagai fenomena kerana bulan lunar bergerak maju 11 hari setiap tahun.
“Kalendar solar dan kalendar lunar saling terpisah antara satu sama lain, dan berbeza. Matahari tetap dengan matahari, sementara kalendar lunar selalunya 11 hari lebih pendek. Oleh itu, mempunyai dua Ramadan adalah hasil yang semula jadi berikutan dua kalendar yang berbeza,” jelasnya.
Tambahnya lagi, “Kalendar diciptakan oleh manusia sehingga kita dapat menggunakannya sebagai penanda aras dan untuk menghitung waktu. Manusia harus melihat kejadian dua Ramadan sebagai satu perkara semula jadi.”
Menjelang 2030 nanti, dijangkakan bahawa Ramadan akan dapat dilihat pada awal Januari, dengan sambutan Aidilfitri pada awal Februari, dan kemudian Ramadan pada akhir tahun yang sama, dengan musim perayaan sekali lagi pada bulan Disember.
Sumber: [1]