Terlalu Suka Dengan Rupa Makhluk Asing, Lelaki Ini Sanggup Mengubah Wajah Kacaknya

terlalu suka dengan rupa makhluk asing, lelaki ini sanggup mengubah wajah kacaknya

Sebelum ini kami pernah berkongsi akan lelaki yang sanggup menghabiskan duit untuk menambah gading pada wajahnya.

Terbaru, seorang lelaki dari Perancis sanggup membelanjakan wangnya untuk kelihatan seperti alien. Bukan itu sahaja, Anthony Loffredo juga sanggup mengubah wajah aslinya yang kacak semata-mata untuk kelihatan seperti makhluk asing berwarna hitam.

Menurut laporan, lelaki terzebut telah membuat pembedahan membuang telinganya dan hidung . Tak cukup dengan itu, dia membedah lidah serta mencacah tatu pada matanya.

Untuk memberikan kesan makhluk asing, Loffredo juga telah menambah impan pada kulit supaya ada benjolan pada kepala dan mukanya.

Loffredo tidak kisah apabila orang mengejek atau memandang pelik padanya. Malah, dia berbangga kerana dapat memiliki rupa paras idamannya.

Sumber: Palembang Tribun News