Tentera Di Arah Bermain Pokemon Go Demi Keselamatan Negara

tentera di arah bermain pokemon go demi keselamatan negara

Korang pernah terfikir tak tentang permainan video sebenarnya boleh mengancam keselamatan negara?

Kalau tak, ini buktinya di mana kira-kira tiga pegawai polis tentera dari setiap pangkalan tentera di Kanada telah diarahkan untuk bermain permainan Pokemon Go selepas berlaku pencerobohan ke atas kawasan tersebut.

Bukan main saja ok. Mereka perlu membawa buku nota untuk mencari infrastruktur dan watak maya Pokemon.

Sebelum ini, pencerobohan yang berlaku tu bukanlah berpunca daripada perisik atau ejen asing. Tetapi, mereka yang minat dan suka akan bermain permainan tersebut mampu tiba di kawasan larangan tersebut.

Menurut pihak berkuasa, bilangan mereka yang telah ditahan kerana menceroboh kawasan tersebut disebabkan permaintan itu agak membingungkan pihak mereka.

Sumber: Sinar Harian