Tamparan Will Smith Di Oscar Dijadikan Rujukan Oleh Jurulatih Ragbi Bagi Ajar Tentang Pertahanan

Sebuah pasukan bola sepak Universiti Jackson State Mississippi berkongsi bahawa mereka menggunakan tamparan fenomena pelakon termuka dunia, Will Smith terhadap Chris Rock semasa Oscar tahun ini, sebagai teknik untuk barisan pertahanan mereka.

tamparan will smith di oscar dijadikan rujukan oleh jurulatih ragbi bagi ajar tentang pertahanan

Video latihan luar musim pasukan yang dikongsi oleh jurulatih Deion Sanders Jr menerusi Instagram itu menunjukkan penolong jurulatih Andre’ Hart menunjukkan teknik itu kepada pemain dengan meniru tamparan pelakon filem King Richard itu pada peralatan latihan, sambil menerangkan cara menyerang yang berkesan.

“Apa itu Will Smith? Teknik Will Smith, dia memukul Chris Rock dengan tapak tangannya. Bukan jari. Dia memukulnya dengan tapak tangan itu di sana,” kata jurulatih terbabit sebelum mengulangi langkah itu sekali lagi tetapi dengan lebih perlahan supaya para pemain dapat memahami latihan tersebut dengan betul.

 

 

April lalu, Smith dikenakan larangan 10 tahun daripada Oscar, juga dikenali sebagai Anugerah Akademi, kerana menampar pelawak Chris Rock ketika siaran langsung acara berprestij itu sehingga disaksikan penduduk dunia.

Susulan kontroversi tersebut, beberapa filem yang dibintangi Smith telah ditangguhkan.

Smith berkata dalam satu kenyataan, “Saya menerima dan menghormati keputusan Akademi.”

 

Sumber: [1]