Syarikat Permainan Jepun 'Merayu' Supaya Peminat Berhenti Hantar Hadiah Pada Karakter Fiksyen Mereka

Sebuah syarikat permainan video Jepun terpaksa ‘merayu’ kepada para peminat supaya tidak menghantar coklat bersempena Hari Kekasih atau hadiah lain yang berkenaan untuk watak fiksyen, Koei Tecmo yang dicetuskan dalam pelbagai siri permainan mereka, ke pejabat.

syarikat permainan jepun 'merayu' supaya peminat berhenti hantar hadiah pada karakter fiksyen mereka

Koei Tecmo terkenal menerusi permainan seperti “A.O.T. Wings of Freedom” dan “Attack on Titan 2”, permainan aksi berdasarkan siri anime popular “Attack on Titan”.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, “Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dan kerja kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah, pada masa lalu, menghantar hadiah kepada kakitangan kami dan kepada watak yang muncul dalam permainan kami.

“Ramai kakitangan kini bekerja dari rumah kerana tindak balas wabak COVID-19. Selepas kami mempertimbangkan kesukaran yang mungkin dihadapi oleh kakitangan dalam menerima pakej ini dan kemungkinan kebimbangan kesihatan dan keselamatan, tahun ini, kami akan menolak hadiah yang dihantar untuk Hari Kekasih dan White Day,” kata kenyataan tersebut.

“Kami menghargai pemahaman dan kerjasama anda. Kakitangan kami akan terus bekerja keras untuk menceriakan dunia dengan hasil kerja kami,” tambah syarikat terbabit.


Sumber: [1]