Seronok Makan, Monyet Bernama Godzilla Obes

Seekor monyet gemuk belaan seorang pekedai di sebuah gerai pasar di Bangkok, Thailand terpaksa akur dengan tindakan kebanyakan pengunjung kawasan tersebut yang sering menyuapnya dengan makanan-makanan sedap.

seronok makan, monyet bernama godzilla obes

Monyet tersebut yang kini berusia tiga tahun, bernama Godzilla, dan merupakan tarikan besar di sebuah gerai terbabit yang mana mereka yang lalu melewati gerai itu pasti sahaja akan punya ‘buah tangan’ makanan khusus untuknya.

Menerusi satu video yang pernah dimuat naik di media sosial, Godzilla dapat dilihat memakai t-shirt ketat sambil menggigit botol air dan menolak tangan pelawat ketika mereka cuba untuk membelai dia.

Godzilla dikatakan telah diambil oleh Manop yang merupakan seorang pekedai setelah dia ditinggalkan oleh pemilik sebelumnya.

Kebiasaannya, monyet liar yang sering berkeliaran bebas di kebanyakn tempat di Thailand mempunyai berat badan seberat 9 kilogram. Namun lain pula bagi Godzilla yang mana beratnya dikatakan mencecah 20 kilogram.

Menurut Manop, dia menjaga Godzilla dengan baik sekali namun tetap gagal dalam mengawal berat badannya.

Tambah Manop, Godzilla difahamkan melakukan aktiviti senaman setiap pagi, namun atas sebab tertentu, dia masih gemuk.

 

Sumber: [1]