Anggota kumpulan K-Pop popular, Sehun EXO, meluahkan ketidakselesaan terhadap tindakan peminat fanatik yang tidak habis-habis menyerang privasinya.
Pada 10 Mei lalu, Sehun mengadakan siaran langsung menerusi Instagram peribadinya yang mana dia sempat berborak mengenai dua anggota EXO, iaitu Chanyeol dan Baekhyun yang kini terlibat dengan perkhidmatan ketenteraan mereka.
“Saya rasa Chanyeol dan Baekhyun baik-baik sahaja. Walaupun saya masih belum berkesempatan menghubungi Baekhyun, saya yakin dia baik-baik sahaja.”
Kemudian, ketika menonton video muzik bersama peminat, Sehun berkata dengan sopan, “Tolong, jangan menelefon saya.”
Lanjutnya, “Dalam sehari, saya mendapat kira-kira 100 panggilan. Tetapi, walaupun begitu, saya tidak menukar nombor saya.
“Kerana walaupun saya menukar nombor, saya masih akan tetap mendapat panggilan. Jadi tidak ada gunanya untuk saya terus menukar nombor, dan itu adalah membebankan,” ujarnya.
Ini bukanlah kali pertama anggota termuda EXO termuda itu memohon agar tidak privasinya tidak diganggu.
Terdahulu, penyanyi yang berusia 27 tahun itu pernah meninggalkan pesanan berbunyi amaran di Instagram peribadinya agar tidak mengacau privasinya dia.
Anggota EXO yang turut sama menyatakan keperitan mereka dalam berhadap dengan peminat fanatik.
Dalam perkembangan lain, EXO baru-baru ini, mengumumkan bahawa mereka akan kembali dengan album khas yang berjudul “Don’t Fight the Feeling”.
Sumber: [1]