Sedapnya Kopi Campur Telur

sedapnya kopi campur telur

Hanoi merupakan diantara destinasi yang sering menjadi tumpuan buat pelancong yang ingin berkunjung ke Asia Tenggara. Ini kerana di Hanoi, anda boleh temukan keunikan, keaslian sejarah dan warisan yang kekal terpelihara. Ia terkenal juga dengan pelbagai jenis makanan (food heaven) dan salah satunya adalah egg coffee’.

 

Kalau korang ke Hanoi jangan lepaskan peluang untuk try Egg Coffee’ yang memang popular dan merupakan minuman pagi yang wajib cuba.

 

Egg coffee ini dibuat daripada telur kuning dan kopi. Telur kuning di blend sehingga sebati dan dicampurkan dengan kopi Vietnam. Memang padu!

 

Rasanya seperti kopi madu yang penuh berkrim. Rasa kopi pahit yang kuat dikaburi dengan rasa manis madu memang terangkat sedapnya. Macam pudding pun,  ye juga J

 

 Telur, susu, serbuk kopi, sedikit mentega dan keju adalah bahan yang digunakan.

 

Okay Selamat mencuba!

 

SUMBER: YOUTUBE

 

OLEH: KHALIE AZMI