Satu Dalam 2 Juta, Nelayan Temui Udang Karang Warna Biru

Seorang nelayan ‘menangkap’ tuah apabila dia menjumpai seekor udang galah yang berwarna biru.

satu dalam 2 juta, nelayan temui udang karang warna biru

Udang galah luar biasa itu ditangkap di sekitar pesisir Cornish.

Akui nelayan yang bernama Tom Lambourn itu, dia tercengang sebaik menyedari udang galah yang ditangkapnya itu berwarna biru dan lain dari kebiasaan seperti mana yang selalu diperoleh menerusi hasil tangkapannya.

Menurut info, udang galah tersebut memiliki warna yang berbeza berbanding udang galah lain yang kebiasaannya berwarna coklat atau kelabu kerana kelainan genetiknya yang menyebabkan ia mengeluarkan protein crustacyanin yang berlebihan.

Bagaimanapun, biarpun warnanya berbeza, udang galah tersebut difahamkan akan tetap sahaja bertukar menjadi merah terang seperti udang galah lain apabila dimasak.

Kongsi Tom lagi, ini hanya musim kedua dia memancing namun penemuan tersebut membuatkan dirinya berasa sangat bertuah.

Namun, dia mengatakan bahawa dia telah melepaskan semula udang galah tersebut ke laut.

“Ini hanya musim memancing kedua saya, jadi saya rasa sangat bertuah.

“Saya mengukurnya namun ia terlalu kecil jadi tidak pernah terfikir untuk menyimpannya.

“Sekiranya ia bersaiz lebih besar, saya mungkin sudah membawanya ke Pusat Penetasan Udang Galah.

“Saya mengirimkan mereka (Pusat Penetasan Udang Galah) beberapa foto udang karang tersebut dan mereka memberitahu saya ia dalah satu dari dua juta sekali gus membuatkan udang galah itu cukup istimewa.”

 

Sumber: [1]