Saintis Dedah Cara Bancuh Teh Yang Betul

Selalunya kalau kita hendak bancuh teh, pastinya kaedah yang lazim digunakan adalah dengan meletakkan uncang teh ke dalam cawan atau teko, tuang air mendidih dan baru diikuti dengan susu.

saintis dedah cara bancuh teh yang betul

Tapi menurut saintis, cara tersebut adalah salah sama sekali!

Kongsi seorang pakar, rahsia membuat minuman teh yang sempurna bermula dengan menuang susu terlebih dahulu di dalam cawan teh dan bukannya dengan meletakkan uncang teh.

Lagi-lagi, kalau air yang digunakan adalah air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi.

Menerusi satu kajian yang dilakukan barisan penyelidik profesional, mereka mendapati bahawa air yang mengandungi mineral tinggi berupaya menghentikan sebatian perasa daripada terbentuk dengan betul.

Lantas, dengan menuangkan susu terlebih dahulu, ia memungkinkan proteinnya untuk menurunkan kandungan mineral air sekali gus mengunci rasa tersebut.

Kongsi seorang profesor yang turut sama menjalankan kajian terbabit, “Perisa pada umumnya dihasilkan oleh sebatian yang berbeza dalam teh termasuk tanin khususnya.

“Semakin banyak mineral yang terdapat di dalam air, semakin sukar bagi sebatian ini untuk mengembangkan rasa – mengakibatkan secawan teh yang membosankan yang akan peroleh melalui air yang mengandungi kandungan mineral tinggi.

“Membikin teh dengan cara tradisional iaitu dengan mencelup uncang teh dalam air panas sebelum menambahkan susu, mengakibatkan tanin berubah menjadi pepejal sebelum dapat mengembangkan rasa dengan baik.

“Tetapi, jika susu ditambahkan pada awal proses curapan makan proteinnya dapat mengikat tanin dan mineral lain di dalam air sekali gus mencegahnya berubah menjadi padat dan akhirnya memberi anda rasa yang menakjubkan.”

 

Sumber: [1]