Saintis Berhasil Cipta Mikrocip Untuk Pulihkan Mata Buta, Tanam Di Bahagian Otak

Para saintis di Universiti Rice, Texas, Amerika Syarikat (AS) berhasil membuat satu penemuan yang menakjubkan iaitu cara menyembuhkan kebutaan dengan membuat cip khas yang ditanamkan di bahagian otak pesakit.

saintis berhasil cipta mikrocip untuk pulihkan mata buta, tanam di bahagian otak

Disebut sebagai FlatScope, cip implan tersebut menyerupai mikroskop kecil yang melekat pada otak pesakit.

Setelah dimasukkan ke dalam otak, cip tersebut memantau dan memicu saraf diubah menjadi bahan yang menyerap cahaya dan radiasi elektromagenetik lain.

Susulan itu, ia akan menghasilkan bahan pendarfluor yang secara langsungnya akan membantu penyembuhan kebutaan dan perlahan-lahan memperlihatkan kombinasi warna dalam visual yang tidak jelas.

Menurut saintis universiti tersebut, Philip Alvelda, cip tersebut turut berupaya menghasilkan sensor yang mampu menghantar data audiovisual ke otak untuk ‘memperbaiki’ saraf deria yang rosak, misalnya penglihatan dan pendengaran.

Namun begitu, kemampuan cip implan terbabit masih berada dalam peringkat pengembangan yang tidak dapat dipastikan bila ia akan selesai.

“Sekurang-kurangnya kali ini kami telah menemui mekanisme itu,” tambah Avelda.

Ujarnya lagi, “Dengan meningkatkan kapasiti saraf pesakit, cip tersebut akan mewujudkan komunikasi dua arah antara otak dan mata untuk membantu menyembuhkan kebutaan lebih cepat.”

Jelas Avelda, jikalau cip tersebut gagal berfungsi, pesakit tidak akan mengalami sebarang risiko kesihatan yang akan mempengaruhinya.

 

Sumber: [1]