Rusia Atau Pluto Yang Lebih Besar?

Tahukah anda bahawa dahulunya, negara terbesar dunia iaitu Rusia sering kali dibanding-bandingkan dengan planet Pluto?

Rusia dikatakan lebih berbanding dengan planet kerdil itu gara-gara permukaannya yang dikatakan seluas 17, 125, 191 kilometer persegi, berbeza dengan planet terbabit yang dianggarkan mempunyai permukaan seluas 16, 647, 940 kilometer persegi.

Biarpun begitu, soalan yang sering mencetuskan perdebatan itu akhirnya diselesaikan pada Julai 2015 menerusi misi New Horizons yang dikendalikan oleh NASA.

rusia atau pluto yang lebih besar

Benarkah Rusia lebih besar berbanding Pluto?

Jawapannya ialah ya.

Secara semula jadinya, tidak dapat dinafikan bahawa permukaan Rusia sememangnya adalah lebih luas berbanding dengan permukaan Pluto.

Namun, kapal angkasa New Horizons yang diterbangkan oleh NASA ke Pluto pada 2015 telah menemukan sesuatu yang belum pernah diketahui lagi selama ini.

Kapal angkasa yang melakukan lintasan bersejarah di Pluto pada 14 Julai 2015 itu menemukan bahawa planet kerdil itu mempunyai ketinggian diameter 2, 370 kilometer.

Berikutan itu, Pluto dikatakan mampu menyesuaikan saiznya dengan kelebaran timur ke barat Rusia iaitu sekitar 6, 000 kilometer.

Selain itu, ketinggian planet kerdil itu juga membuatkannnya mampu menyesuaikan ketinggiannya di bahagian utara ke selatan Rusia yang dikira lebih sempit, iaitu kira-kira 3, 000 kilometer.

Hal ini membuatkan, dari segi luas permukaan, Pluto ternyata lebih besar dari Rusia.

Misi New Horizons yang dijalankan oleh NASA akhirnya memperbetulkan anggaran sebelum ini sekali gus meletakkan luas permukaan Pluto seluas 17, 646, 012 kilometer persegi yang sebelumnya dipercayai seluas 16, 647, 940 kilometer persegi.

Ini menjadikan luas permukaan planet kerdil itu sedikit lebih besar berbanding dengan wilayah Rusia (17.125.191 kilometer persegi).

 

Sumber: RBTH