Ramai Yang Fikir Mona Lisa Lukisan Termahal, Tapi Sebenarnya Tidak

Ramai yang menganggap bahawa hasil karya seni Mona Lisa oleh seniman Leonardo Da Vinci merupakan lukisan yang termahal di dunia.

Tetapi pada hakikatnya, tidak.

Lukisan yang termahal di dunia sebenarnya ialah Salvator Mundi, yang juga dilukis oleh Leonardo Da Vinci.

ramai yang fikir mona lisa lukisan termahal, tapi sebenarnya tidak

Menurut sumber, lukisan tersebut ‘diperap’ daripada dipamerkan kepada orang ramai sejak dibeli oleh keluarga diraja Saudi menerusi satu lelongan yang diadakan pada 2017 dengan harga $ 450 juta (kira-kira RM 1, 858, 500, 000).

Selain itu, difahamkan juga bahawa lukisan tersebut pernah dipertikaikan kesahihannya sekiranya ia benar-benar dilukis Leonardo Da Vinci.

Namun, seorang pakar seni menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa ia sememangnya merupakan hasil karya seni asli Leonardo.

Tidak ketinggalan, lukisan terbabit juga dikatakan tidak dipamerkan di muzium Louvre yang turut menempatkan lukisan Mona Lisa gara-gara ‘perbalahan’ yang berlaku antara pemilik lukisan tersebut dengan pihak muzium.

Pemilik lukisan tersebut menginginkan lukisan tersebut agar dipamerkan bersebelahan lukisan Mona Lisa namun pihak muzium menolak cadangan tersebut kerana risau terhadap masalah sekuriti.

 

Sumber: [1]