Kita rasa selfie ni hanyalah sekeping gambar biasa. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan selfie dan post gambar yang telah diedit pada media sosial boleh menyebabkan gangguan pemakanan.
Ni bukan main-main tau! Perkara ini telah pun diterbitkan dalam jurnal kesihatan bertajuk ‘International Journal of Eating Disorder.
Kajian tersebut menyatakan, perkara itu sangat berkait rapat apabila seseorang itu terlalu concern akan berat dan bentuk badan seseorang. Jadi, apabila kita dah compare diri sendiri dengan orang lain, ini akan menyebabkan masalah pemakanan.
Menurut Pamela Keel, seorang professor di Florida State University, mungkin perkara ini nampak seperti biasa dan tidak merbahaya. Namun, kajian yang dilakukannya menunjukkan dengan memuat naik gambar selfie yang telah diedit boleh menambah risiko kepada gangguan makanan.
Hermmm. Jadi, korang yang selalu upload gambar selfie tu, cuba semak balik pemakanan korang.
Sumber: CNN